grasshopper



+follow home tumblr twitter
facebook UPDATES ME LINKS
Difficult Road to Graduation.
Jumaat, 13 November 2015 • 2:12 PG • 0 comments



BLOG INI TIDAK AKAN DI'UPDATE' SEHINGGA TAHUN HADAPAN DISEBABKAN TUAN BLOG INI SANGATLAH SIBUK DENGAN TAHUN AKHIR DIA KAT U....

TUAN BLOG NI PUN TAK TAHU BILA DIA NAK 'UPDATE' SEMULA.. SEBAB MEMANG DIA TAK TAU... HAHAHAHA.

ATAU, MUNGKIN BLOG INI AKAN DITUTUP BUAT SELAMA-LAMANYA TERUS. MUNGKIN.

TAPI, MEMANG NAMPAK BLOG NI MACAM DAH TAKDA PEMBACA. K FINE. TAKPA. SEMUA ORANG ADA HIDUP MASING-MASING KAN. TERUSKAN LAH HIDUP KALIAN. TAK BACA BLOG NI PUN TAKPA. HAHAHA.

LAMAN SOSIAL LAIN INSHAALLAH MASIH ADA.

MOGA TUAN BLOG NI DAPAT BERJAYA MENDAPATKAN SEGULUNG IJAZAH TAHUN HADAPAN TANPA HALANGAN YANG AKAN MEMBUATKAN DIA MURUNG, SUSAH HATI, STRESS, BERAT BADAN BERTAMBAH, MAKAN TAK INGAT DUNIA DAN SEBAGAINYA. AMIN. DOA-DOAKAN.

SEMOGA DIBERIKAN SEGALA KEBAIKAN KE ATAS KALIAN JUGA. AMIN YA RABBAL ALAMIN. MOGA KITA SEMUA MELETAKKAN ALLAH SWT YANG PERTAMA WALAU APA JUA YANG KITA SEDANG LAKUKAN SEKARANG. MOGA ALLAH REDHA.

SALAM.

Amboi Minion pun tahu #MuahCiked




Bila Tibanya.... Ramadan ✌
Selasa, 14 Julai 2015 • 1:11 PTG • 0 comments


Ramadan ke-27 [Malam ke-28]  ツ

Realiti Masyarakat Melayu.

1. Suka fikir negatif.

"Kau rasa dia pakai tudung tu saja-saja je ke atau betul-betul ikhlas tu? Ke trend bulan Ramadan? Kang nak tanya macam tak patut pula. Artis-artis pun ramai cenggitu, bila Ramadan tahu nak tutup semua, lepas je bulan Ramadan.....?"

"Kau ni... tak baik cakap macam tu. Kalau sebelum ni dia mungkin belum menutup aurat, tapi doakan jela dia betul-betul ikhlas nak menutup aurat selepas bulan Ramadan ni. Allah tak pandang masa lalu tau, Allah pandang masa depan kita macam mana. Yang kau ni.. kalau xde modal nak bersembang bulan Ramadan ni, baik kau senyap je.. baik kau mengaji ke, apa ke... daripada cakap benda camni. ado faedahnya."

2. Perbalahan tentang solat sunat tarawih.

"Eh Man, masjid kat rumah kau buat 8 ke 20? Aku kalau boleh, nak cepat habis lah. Ini pun macam tak larat je, makan kenyang sangat tadi. Perghhhh..... ayam percik kat Bazar tadi sedap sangat doh."

"Ehhhhh kau ni.. jangan fikir 8 ke 20. kau buat jela mana kau mampu. Allah tak pandang kuantiti, yang Allah pandang kualiti tau... Jangan sebab kau buat 8 ke 20 ke, kau tak ikhlas dengan Allah. Ikhlaskan hati nak buat ibadat kerana Allah dulu Mir.... InshaAllah, bila kau ikhlas kerana Allah, semua benda akan smooth aje. Kita ikut apa yang Allah buat, bukan buat apa yang manusia kata."

"Erkkkk......."

"Mir... lagi satu, aku nak pesan ni...."

"Apa dia?"

"Nanti pergi solat tarawih ke mengaji ke, jangan update kt instagram eh.."

Krik krik krik.......

Amir cepat-cepat bangun untuk mengambil wuduk. Malas nak layan Aiman. Kau choikan aku eh.

3. Update gambar makanan ketika Ramadan.

"Kecik besor kecik besor je aku tengok dia tuu..."

"Kenapa kau ni? Geram dengan siapa?"

"Aku tak faham dengan artis Malaysia ni, asal nak dekat berbuka semua pos gambar makanan... Entah apa-apa je. Lepas tu, bila ada majlis dengan anak-anak yatim ke, dorang mesti nak update. Perlu ke? Sebab tu ada orang kata dorang saja nak menunjuk."

"Lia.... tak baik tau kau fikir negatif macam gitu. Barangkali mereka tiada niat nak menunjuk. Itu kan privasi mereka, majlis yang mereka sertai, memangla kena update. Kadang-kadang, bila orang dah memberi, kita kena menghargai bukan? Mungkin mereka ingin menghargai apa yang orang lain buat untuk mereka. Kalau dorang update gambar makanan pun, tak semestinya nak menunjuk kan. Mungkin itu rezeki mereka, ada rezeki lebih, makanlah lebih sikit. Rezeki kurang, bersederhana jela. Kita takkan pernah tahu apa niat manusia itu. Kita sebagai manusia, tak baik menilai yang buruk. Nilailah yang baik je. Susahlah hidup ni kalau asyik nak nilai buruk je..."

"Hmmmmmmmmmmmm....."

4. Lailatul Qadar.

"Eh kenapa anak Mama tak tidur lagi ni? Buat apa kat luar rumah ni?"

"Mama.... abang tunggu lailatul Qadar. Nak tengok macam mana lailatul Qadar tuu."

"Laa... Abang, malam lailatul Qadar tu bukan kena tunggu sahaja tak buat apa-apa.. Sebagai manusia yang mensyukuri apa yang Allah bagi, kita kena buat amal ibadat. Kena buat solat sunat ke.. mengaji ke... mohon ampun daripada Allah SWT... Siapa tahu bila kita tengah buat ibadat tuuuu... Malam tu malam lailatul Qadar.. Lagipun, bulan Ramadan ni kita kena selalu buat banyak amalan, bukan hanya bila 10 hari terakhir Ramadan je... Jangan terlalu fikirkan bila tarikh sebenar Lailatul Qadar tu, kita buat je amalan... Buat amalan kan kerana Allah.... Mana boleh Abang duduk saja-saja kat luar rumah ni.."

"Oh cenggitu eh Ma? Kalau macam tu.. Abang nak whatsapp kat kawan-kawan Abang pasal Lailatul Qadar ni.."

"Untuk apa?"

"Alaaa Mama ni... ni trend la Ma.. bulan Ramadan kan semua orang nak berlumba-lumba buat kebaikan. So, Abang nak sebarkan kebaikan melalui Whatsapp.. hihihi..."

"Ish Abang ni.. dah-dah, kalau kamu sebar je kebaikan tapi kamu tak praktikkan, tak guna juga Bang.. Update status pasal agama je, tapi realitinya tak buat apa-apa. Nanti Allah tanya, apa tujuan kamu update tu.. Sebab Allah ke, sebab manusia? Haa....nak jawab apa? Dah-dah, jom kita solat sunat sama-sama.

"Hmmmmmm k fine Ma....."

5. Mengumpat.

"Kau tahu kan bulan Ramadan tak baik mengumpat? Apsal laaa kau cakap buruk pasal orang lain. Kita kan tak tahu betul atau tak apa yang kau sampaikan tuu.."

"Alaaaahhhh kau ni... takyah nak jadi baik sangat lah. Kau tu pun baik waktu Ramadan je, bila habis je Ramadan, kau pun mengumpat balik.... Apa gunanya? Bukan ke amalan dalam bulan Ramadan tu kena diteruskan dalam bulan-bulan yang lain juga? Apa yang kita buat dalam bulan Ramadan kena teruskan juga dalam bulan-bulan lain.."

"Hamboii..... tahu eh kau pasal benda-benda ni semua..."

"Tahu lerrrr... tapi tapi.... tak ambil berat je pasal agama ni.... hmmmm kakak insaf!"

6. Persiapan raya.

"Kau ni bagai nak rak buat persiapan raya? Buat kuih raya sampai tak pergi tarawih, pergi membeli-belah ke sana ke sini, semua tempat yang ada sale kau pergi... Langsir rumah tukar baru, sofa semua tukar baru.... Nak tanya la ni.... Ramadan tu berjaya meninggalkan kesan ke tidok dalam diri???"

"Erkkkk.............. Apa punya soalan daaaaaaaaaaaaaa...."

"Sentap kakak hokayyy!"


*************

Aku akan pergi lagi untuk kali ini.....
Terima kasih kerana menerimaku dengan hati yang gembira dan ikhlas kerana Allah SWT....
Terima kasih buat mereka yang meraikan kedatanganku dan menangisi kepergianku....
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kalian dan menerima amalan-amalan kalian....
Terima kasih kerana menjagaku seolah-olah ini kali terakhir kita bertemu....
Terima kasih wahai orang-orang beriman. Moga syurga buatmu...

-Andai Ramadan Bersuara-


Siapapun kita, gelaran & jawatan apa pun yang ada dalam diri kita, tiada guna sekiranya Ramadan itu tidak memberi apa-apa kesan dalam diri kita... Kita sememangnya pendosa, kadang-kadang tanpa sedar kita berbuat dosa, kita leka dan lalai.... Oleh itu, mohonlah keampunan kepada Allah SWT :) Bukan sahaja di bulan Ramadan, namun setiap masa diri ini memerlukan keampunan Allah SWT. Ampunkanlah dosa-dosa kami Ya Allah.... dosa kedua-dua ibu bapa kami.... dosa guru-guru kami... dosa rakan-rakan kami... dosa seluruh ahli keluarga kami... dosa kaum Muslim dan Muslimat Ya Allah... Tiada daya kami melainkan hanya dengan keampunanMU.....






PAST