grasshopper



+follow home tumblr twitter
facebook UPDATES ME LINKS
It's all about money .
Khamis, 24 Oktober 2013 • 2:42 PTG • 2 comments


Assalamualaikum . Lamanya tak menulis . Rindu nak menulis :) Ok . Terus pada perkara utama . Beberapa hari lepas , aku berbicara dengan mak tentang kehidupan . Macam-macam yang dibincangkan . Yela, sebulan sejak masuk U tak pernah balik , so masa-masa macam ni perlu dihargai . Hehe ...

Manusia . Duit . Manusia dan duit saling berkait . Semua orang dalam dunia ni perlukan duit . Ya , duit memang perlu untuk kehidupan kita . Tapi ... masih ada lagi kah insan yang tidak mementingkan duit ? Masih adakah ? Aku pun tak tahu jawapannya . Sekiranya masih ada pun , golongan-golongan yang hanya menanggap duit itu untuk dunia semata-mata , bukan boleh dibawa ke kubur pun . Itu kata mereka .

Mahasiswa . Dalam konteks mahasiswa, duit memang penting . Nak bayar yuran , nak beli buku , nak beli itu , ini blablabla ... Tapi , kena pandai berjimat . Kena pandai simpan wang untuk waktu-waktu kecemasan . Yela , kita tak tahu bila kita sakit . Bila sakit , perlukan wang juga . Aku tengok ramai sangat mahasiswa suka membazir . Dapat duit PTPTN , beli macm-macam . Konon sebelum dapat PTPTN , nak guna untuk pembelajaran . Tapi , bila dah dapat , beli gajet yang paling latest . Nak tunjuk pada kawan-kawan siapa gajet paling latest . Ehmmm . Bagi aku , tak perlu kot semua tu . Kita kena sedar siapa diri kita . Duit banyak mana pun , tetap akan habis . Orang kaya-raya , duitnya tetap akan habis satu masa sekiranya dia sibuk membelanjakan wang tersebut . Paling penting , kesian pada mak ayah . Kerja siang malam nak tampung hidup kita . Aku tak suka menyusahkan orang . Aku jarang-jarang sekali nak meminta pada mak ayah . Sebab , aku tahu . Mereka nak dapat sesuatu tu pun dulu bukan senang . Aku selalu ajar diri aku supaya belajar jadi orang susah . Biar aku rasa susah sebab sememangnya ada lagi orang yg lebih teruk susah dari aku . Kais pagi , kais petang . Kiranya aku beruntung sebab masih dapat makan .

Walaupun mereka mampu lebih dari apa yg aku sangkakan , tetap aku tak mahu memanjakan diri . Sebab ... suatu masa nanti , aku tetap kena hidup sendirian . Ada keluarga sendiri . Semua sendiri . Nak tak nak , aku kena belajar sendiri . Tanpa wang mak ayah . Aku taknak beban mereka terlalu banyak . Dari sekarang , kena belajar . Tiba-tiba teringat kata seorang pensyarah : "Di universiti , saya kenal erti kehidupan . So, awak-awak semua dari sekaranglah kena pupuk diri . Kenal diri awak . Di universiti inilah awak akan kenal erti kehidupan sebenar , bukan setakat habis peperiksaan saja , tamat ijazah sahaja , hidup awak berhenti setakat itu . Tidak . Saya nak bila awak keluar nanti , awak jadi graduan yang berkualiti " . Terasa . Terus menusuk jauh ke dalam dasar hati . Benar juga apa kata pensyarah .

Sebagai seorang mahasiswa , tujuan dan niat kita adalah menuntut ilmu . Walau serba kekurangan , tapi itulah yang membuat kan kita kuat dan lebih tabah .  Kita jangan tengok orang yang serba serbi sempurna , tapi kita tengok orang yang serba kurang . Nilai dengan mata hati . Bukan dengan nafsu :) Bimbang sekiranya nafsu lebih menguasai . Orang yang berjaya adalah orang yang belajar dari kesusahan dan kekurangan .

Belajar untuk memberi . Kadang-kadang , mak ayah buat sesuatu untuk mengajar kita . Walau mereka tak beritahu kenapa mereka buat itu , buat ini tetapi percayalah mereka sebenarnya nak mengajar kita . Apa yang baik kita ikut . Satu yang aku belajar dari mak . Dia ... kalau ada wang lebih sikit , dia akan kongsi dengan orang lain . Kalau xde wang lebih pun , kadang-kadang dia kongsi juga . X dengan ramai orang , dengan keluarga sahaja . She is my mom :) Kita dalam dunia ni , kita jangan jadi hamba pada duit . Itu aje pegang ! InsyaAllah kita takkan tersasar jauh . Kita takkan sombong dan lupa diri ketika punya wang banyak . Malah , akan jadi orang yang suka memberi . Pernah dengar kan " Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima " . Betul perumpamaan ini .

Ada yang lupa diri ketika punya wang ... sombong , bongkak dgn kemewahan yg ada .
Ada yang bangga ketika punya wang ... sehinggakan org miskin tidak dibantu , dibiar begitu sahaja . 
Ada yang lalai .. leka dgn wang yg banyak ... sehingga lupa pada pemberi rezeki .
Ada yang lalai ... leka sehingga lupa keluarga .. sehingga buang ayah dan mak .
Ada yang lupakan kawan-kawan ketika punya wang ... bila susah baru nak cari kawan balik .
Ada yang lupakan kewajiban sebagai seorang Muslim ketika punya wang banyak ...
Semua lupa , leka dan lalai ......

Namun ...
Ada yang sentiasa beringat ... takut bila susah , takde sapa nak tolong . Jadi , buat simpanan untuk hari tua dan waktu-waktu kecemasan .
Ada yang dekatkan diri pada Allah bila punya wang .. kerana takut diri alpa dgn kemewahan yg ada .
Ada yang bersedekah .. pd anak-anak yatim , ibu-ibu tunggal , keluarga miskin dll .
Masih ada yang bertambah keimanannya terhadap Allah apabila diberi kemewahan .. apabila diri tidak menjadi hamba pada wang .. Diri akan sentiasa beringat . Diri akan sentiasa muhasabah . Kadang-kadang, dengan wang juga boleh mengubah sikap kita ke arah yang positif ;) 

Wallahualam . Semoga kita dalam golongan yg baik . Yang diredhai Allah ;) Amin .

p/s : Spread positivity . Gunakan duit kita ke arah kebaikan . InsyaAllah . Pesanan buat diri juga :) Banyak cabaran sebagai seorang mahasiswa ;)



PAST FUTURE