grasshopper



+follow home tumblr twitter
facebook UPDATES ME LINKS
Assigment Itu Ibarat Ujian ;)
Khamis, 28 November 2013 • 1:52 PG • 0 comments


Assalamualaikum sebagai pembuka tinta . Tengah - tengah malam ni tiba - tiba terdetik nak menulis . 

" ASSIGMENT " . Ya, satu perkataan yang tidak asing / mungkin agak asing didengari oleh sesetengah mahasiswa . Tapi , bagi aku . Tak perlu takut . Memang setiap mahasiswa akan menghadapinya . Nak atau tak nak , ikhlas atau tidak , suka atau tidak , assigment akan tetap datang pada kita . Senang cerita . Kalau nak jadi tenang , ingat lah assigment itu sebagai ujian daripada Allah buat kita . Sentiasa doa selepas solat   "Ya Allah , Engkau mudahkan apa yang aku nak buat ni , jangan lah susahkan ." Insya-allah sedikit sebanyak pasti hati kita akan rasa sedikit tenang . Masa solat itu kan waktu rehat kita . So, take a time to zikir , untuk muhasabah diri . Kita berfikir sejenak itu lebih baik daripada kita fikir 1000 kali tapi kita xambil iktibar daripada apa yg kita fikirkan .

' Berfikir itu cerminan hati , dan dengannya kita melihati segala kebaikan , kesilapan , manfaat dan mudarat dalam kehidupan kita . '
Ini baru sikit Allah nak uji . Allah uji dengan assigment . Bila sibuk dengan assigment , kita masih ingat x nak solat tepat pada waktu ? Pada awal waktu ? Sempat berjemaah lagi x ? Sempat datang surau x ? Sempat x nak call mak abah tanya khabar ? Call parents itu ada . Sentiasa rindukan mereka . Tidak akan sekali - kali lupa dalam ingatan dan doa aku :) Ya . aku akui sangat . Sangat - sangat diakui . Dulu , sebelum banyak assigment , aku selalu datang surau kat kolej aku ni tapi bila assigment berlambak , surau pun aku xsempat datang . Walhal , sebelum ni boleh je jauh-jauh pun sanggup turun surau berjemaah . Dengar usrah . Tapi , Allah nak uji dengan assigment yg banyak , mulala nafsu kata macam - macam . Bila lalu depan surau , hati macam meronta - ronta je . Allah nak suruh pergi surau la tu walau kau sibuk macam mana .
\ (•◡•) /

" Tak payah g la , solat kat bilik je . Jauh nak turun ! "

" Penat la . Baru je balik kelas , ni nak turun bawah lagi . Xpe la kot , nanti dah siap assigment , baru g surau balik . "

" Banyak sangat assigment ni . Takut xsempat siap pula . Xpe la kot beberapa minggu x g surau . Nanti berjemaah la lagi . "

Betapa lemahnya iman di hati . Allahu :( Ya Allah , maafkan aku . Mudah tergoda dengan hasutan syaitan . Cepat sangat hati ini mengalah . Pasti ramai lagi mahasiswa yang kat luar sana pun pernah rasa mcm ni kan ? Xpe . kita cuba jadi yang lebih baik lepas ni . Kita sama - sama ubah ye . Sekurang - kurangnya kita masih ingat kita buat dosa . Kita cuba ubah slow - slow ya . Bila assigment dah kurang sikit , maybe dah boleh praktikkan berjemaah semula ;) Dan kalau boleh , istiqamah walau dalam keadaan apa pun kita ketika itu . Seorang MPP ke , seorang SMF ke , seorang pemimpin yg sesibuk mana pun , tetap kena praktikkan berjemaah itu . Dengar majlis ilmu sikit pun dah beri kesan pada diri kita . Trust me ✌ Ayuh Berjemaah :) Tapi ini bukan paksa ok . Ikut keikhlasan masing - masing . Joommmmm !

Jangan kecewa . Jangan rasa stress . Aku sedang cuba praktikkan untuk tidak berasa stress terutama masa buat assigment . Walaupun esok dah nak hantar , tapi macam belum siap lagi assigment kita , xpe . Jangan stress . Relax . Ambil wuduk sentiasa . Tenangkan minda sekejap sebelum mula buat kerja . Ingat kita tuntut ilmu sebab siapa ? Untuk siapa ? Kerana siapa ? Ingat ingat .... Positifkan semula minda anda ! ツ Ingat , jangan rasa susah dengan ujian Allah . Kata tadi assigment itu ibarat ujian , kan ? Relax , cool . Praktikkan cara - cara hilangkan stress masing - masing ye ~


Mari sama - sama kita renungkan dan ambil iktibar daripada ayat di bawah : 

" Kita kata kita cintakan Allah dan RasulNya. Bersungguh-sungguh kita berikrar dan bersumpah, mahu menyatakan betapa Allah dan Rasulullah mendapat tempat teristimewa di hati kita.

"I love Allah. I love Rasulullah. Wallahi!"
Begitulah lebih kurang.
Tetapi bila tiba masa membuktikan cinta ini, pakat-pakat garu kepala, buat-buat pening lupa. Yang paling lantang menyuarakan cinta itulah yang paling cepat mahu berundur lari sembunyi ke belakang.
Cinta jenis apa yang kita punyai? Mahu melafazkan saja, tetapi hak yang kita cintai diabaikan. Mahu bersumpah sahaja, tetapi rindu dan kasih yang dihulur tidak kita dibalas.
Apakah kita benar cinta? 
Atau perasaan kita kepada Allah dan Rasulullah hakikatnya cuma biasa-biasa? "

“Allah memberikan dunia pada yang Dia cintai dan yang Dia benci. Tetapi Dia tidak memberikan (kesedaran) beragama, kecuali kepada yang Dia cintai. Maka barang siapa diberikan (kesedaran) beragama oleh Allah, bererti ia dicintai oleh-Nya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad, Al-Hakim dan Al-Baihaqi).

Hebatnya ilmu itu ♥ Jangan tersasar dalam menuntut ilmu . Jangan kotori ia dengan maksiat . Cahaya itu tidak akan masuk kepada sesiapa yang melakukan maksiat ツ










PAST FUTURE