grasshopper



+follow home tumblr twitter
facebook UPDATES ME LINKS
Jawapan kepada yg meminati kpop ♫
Khamis, 16 Januari 2014 • 11:50 PTG • 6 comments


Assalamualaikum. 
Buat hati-hati yang inginkan kebaikan, salam sayang daripada kakakmu ini ~ Kepada yang lebih tua umur daripadaku, salam sayang buat kakak-kakakku ~ Semoga kita berjaya mengawal hati kita daripada melihat perkara-perkara yang mungkar ≥►.◄≤
Bagi peminat-peminat kpop atau lebih dikenali sebagai kpoppers, ini jawapan yang dicari-cari selama ini. Ya, aku juga dulu pernah menjadi kpoppers. Namun sekarang, aku dah mengurangkan kegiatan 'fangirl' aku.  Sebenarnya, dah lama tak fangirl pun. Nak tak nak, aku terpaksa melupakan 'abg-abg' kpop aku tuu. Mula-mula memangla susah nak tinggalkan, tapi alhamdulillah. Sekarang tidaklah terasa sangat. Aku tak tahu dunia baru tentang kpop. Maka, janganlah tanya-tanya pada aku lagi tentang kpop. Ya, aku mungkin menyukai negara Korea. Lagipun, tidak aku tinggalkan semuanya sekali gus. No no no ! Cuma, aku dah tinggalkan semua melainkan Running Man. Yang ni memang xboleh lagi nak tinggalkan. Sayang sangat. Pakcik Jaesuk aku tuuu. Xboleh kalau tak dengar lawak diaaa. Hahahah. Sekadar melepaskan stress, apa salahnya. Nak bergelak-ketawa. Tapi, ingat lah batas-batasnya :) Nak tengok, boleh takde masalah >3

Cuba lah kalian dengar penjelasan ringkas ini :)



Walaupun ringkas, namun tujuan yang ingin disampaikan, mudah je kan? Harap kalian faham. Bagi hati yang ingin mencari kebenaran & terasa 'something', inilah jawapannya. Ringkasnya, tiada masalah nak minat kpop, cuma jangan berlebihan daripada batas-batas yg dianjurkan dalam Islam. Pegang itu sahaja, insya-Allah kpoppers2 semua tidak akan terbabas mahupun tersasar daripada landasan Islam yang sebenar. Aku nak ulaskan panjang-panjang pun takut nanti ada yang xfaham & takut ada yang tidak boleh menerima. Aku pun masih dalam proses berubah. Takpe, kita sama-sama berubah ok :) Bukan nak suruh berubah sampai kena tinggalkan kpop semata-semata. Tidak, sebab aku tahu bukan senang nak tinggalkan benda yang kita suka, yg kita sayang. Memang mengambil masa yg lama. Aku tahu macam mana perasaan kpoppers2 semua terhadap 'oppa-oppa' mereka. Ya, aku pernah mengalaminya. Mintalah doa pada Allah supaya hati kita ni inginkan kebaikan / inginkan kebenaran / inginkan benda-benda yg baik sahaja. Insya-Allah. Sekiranya hati kita ragu-ragu sama ada boleh ke tidak sebenarnya dalam Islam ni, membenarkan minat kpop. Maka, itu tanda-tanda nak berubah la tu. Niat ada, insya-Allah. Kalian carilah yang mana baik untuk kampung akhirat kalian. Sebenarnya, xsemestinya org mnt kpop ni lupa agama. Dorg masih ingat agama la. Dulu aku pun dok pertahankan benda ni sebab haters. Wallahualam. (>‿◠)✌
 Ingat ! Tujuan penulisan ini dipost bukan untuk memaksa kpoppers2 semua meninggalkan kpop serta-merta, sekarang juga kena tinggalkan, tidak ! Islam itu tidak pernah memaksa. Islam itu adil. Semoga hati kalian terdidik dengan perkara-perkara yang baik insya-Allah :) Cuma, kalau boleh, sambil-sambil minat kpop tuu, minat-minat kan lah jua ilmu-ilmu agama ; yg pasti akan mendidik hati kita kepada Allah SWT ♥ Kan bagus tuu, dalam minat kpop, ilmu agama kita pun bertambah. Ha, 2 in 1 gituuu ~ 

Terpaksa simpan Yonghwa dalam hati huahuahua ~ tapi lagu dorang still dengar :) cuma xboleh nak fangirl lebih-lebih dahhh huahaua ^.^ semoga hati kita sama-sama terdidik dengan Allah SWT (ô‿ô) Anneyong !




PAST FUTURE