grasshopper



+follow home tumblr twitter
facebook UPDATES ME LINKS
Sedikit biografi Rasulullah SAW ✿
Rabu, 15 Januari 2014 • 1:14 PG • 0 comments


SALAM RABI'ULAWWAL 1435H :)

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد

Ingin aku khabarkan kepada semua umat Islam betapa bahagia & bersyukurnya kita dijadikan sebagai seorang Islam dan kita-kita ini digelar sebagai ummat Nabi Muhammad SAW :) Ya Allah, inilah anugerah & nikmat yg paling besar di dalam hidupku . Terima kasih, Allah atas kurniaan ini ^.^
Tunggu apa lagi, tekadkan di dalam hati masing-masing supaya mengingati baginda Rasulullah SAW. Walau hanya 5 minit, 2 minit pun tidak mengapa asalkan kita teringin untuk berselawat kepada baginda.Supaya, baginda mengingati kita dan memberi syafaatnya kepada kita di akhirat kelak :) Tidak mahukah, kalian menerima syafaat daripada baginda? ♥ ♥ Ayuh ツ
Ok, tidak salah sekiranya nak minat artis-artis ; kpop ke, mpop ke apa-apa 'pop' pun boleh :) Tidak ada masalah. Islam tidak melarang akan hiburan. Namun, bila masuk bab Islam, kita kena turut bersemangat macam mana bersemangatnya kita menyokong artis-artis yg kita minat itu. Jangan pilih kasih. Sebab, Rasulullah SAW tak pernah pilih kasih dengan kita. Hinggakan di saat kewafatannya, baginda masih boleh memikirkan tentang ummat ; iaitu kita-kita semua. "Andainya Rasulullah SAW bersama kita ketika ini
Cinta itu subjektif. Terpulang kepada individu sama ada ingin menyatakan rasa cinta & rindunya kepada Rasulullah SAW di khalayak mahupun secara senyap sahaja. Terpulang, tidak ada salahnya menyatakan rindu, kasih & sayang secara umum / senyap. Kerana, Allah lebih menilai segala rasa kita terhadap baginda :) Jangan lupa ikut sunnah-sunnah Rasulullah SAW juga ya, adik-adik :) Semoga kita semua mendapat syafaat baginda kelak. Amin ^______^

Biodata Rasulullah SAW :

NAMA : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib
TARIKH LAHIR : Subuh Isnin,12 Rabi'ulawwal bersamaan 20 April 571 Masihi Tahun Gajah
TEMPAT LAHIR : Rumah Abu Talib,Maakatul Mukarramah
GELARAN : Al-Amin
PENGASUH PERTAMA: Ummu Aiman
IBU SUSUAN PERTAMA : Thuwaibatul Aslamiah
IBU SUSUAN KEDUA : Halimah As Saadiah
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW :
1] Khadijah bt Khuwailid
2] Aisyah bt Abu Bakar
3] Hafsah bt Umar
4] Ummi Habibah bt Abu Sufyan
5] Hindun bt Umaiyah
6] Saudah bt Zam'ah
7] Zainab bt Jahsy
8] Zainab bt Khuzaimah
9] Maimunah bt Harith
10] Safiyah bt Huyai
11] Juwairiyah bt al-Harith
12] Mariah bt Syam'un
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW :
1) Qassim
2) Abdullah
3) Ibrahim
4) Zainab
5) Ruqaiyah
6) Ummi Kalthum
7) Fatimah Az Zahra'

TANDA ISTIMEWA : Cop kenabian di antara 2 bahu yg sentiasa dinaungi oleh bayangan awan ke mana sahaja baginda berada.

WARNA KEGEMARAN : Hijau & Putih

Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan Sunnahku,maka sesungguhnya dia telah mencintai aku.Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam Syurga."
(Riwayat Al Sajary daripada Anas)

Dikhabarkan bahawa kekacakan Rasulullah SAW itu sangat-sangat kacak. Tak terperi kacaknya. Antara gambaran Rasulullah yang telah dinyatakan oleh para-para sahabat ialah kulitnya yang putih, mata yang cantik, rambut yang lebat, wajah yang bersinar, bulu kening halus memanjang hingga ke penghujung mata, hidung yang mancung, janggut yang tebal hingga ke dada, dada yang bidang, sederhana tinggi iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, apabila bercakap seolah-olah cahaya keluar dari gigi baginda dan lain-lain lagi (Sila rujuk kitab al-Syifa oleh al-Qadi 'Iyad, 1986, cetakan Dar al-Faiha', Amman, juzuk 1 halaman 147-149). 
Ada satu kisah aku dengar, rasanya dalam Pencetus Ummah, dikhabarkan bahawa sekiranya wanita-wanita pada zaman Nabi dulu terhiris jarinya apabila melihat kekacakan Nabi Yusof A.S, namun wanita-wanita ini seolah-olah terhiris jantung dan hatinya apabila melihat kekacakan Rasulullah SAW. Boleh kita bayangkan kah ? Lebih kacak daripada artis-artis yang kita minat itu. Wallahualam. Sekian.  

Sekiranya Rasulullah SAW boleh mengingati ummatnya di saat kematian baginda, mengapa tidak kita turut mengingati baginda di saat kematian kita? Insya-Allah kita semua boleh :) Jom usaha. Sekiranya ada di antara kita sering menyatakan rasa rindu & cintanya kepada manusia, kenapa tidak boleh jua kalian menyatakan rasa rindu & cinta kepada insan yg banyak berkorban utk kita di akhirat ? :D





PAST FUTURE