grasshopper



+follow home tumblr twitter
facebook UPDATES ME LINKS
Kahwin awal ♥
Selasa, 25 Februari 2014 • 4:13 PTG • 2 comments


Assalamualaikum...
Lagi beberapa hari aku akan memulakan semester baru :)
Menuntut ilmu demi cita-cita yang bakal digapai atas redha Allah insya-allah :)

'Kahwin awal'.
Mesti banyak pandangan daripada berlainan manusia yg berbeza sikap & hatinya tentang tajuk ini.
Ok, terpulang pada pandangan masing-masing ya ! Aku menulis hanya untuk berkongsi sahaja.

Pada pandangan aku, kahwin awal hmmmmm hmmmm bestt ! Ehh ehhh memang aku tak berkahwin lagi, tapi aku tahu kahwin muda memang best hehehe...Aku... belum tiba masanya lagi... Mengikut pembacaan aku & pengalaman orang lain lah :)
Lagipun, Allah kata siapa yg kahwin, sudah sempurna separuh daripada ibadahnya :) Itu janji Allah. Selepas kahwin, insya-allah ada rezekinya.

Tanggungjawab

Kita nak kahwin ini besar tanggungjawab. Maka, sebelum merancang nak berkahwin itu, kita kena tengok dulu keadaan diri kita ni dulu. Mampu ke aku jadi suami / isteri? Kalau bangun subuh pun kena ada orang kejutkan lagi, memang fail ! Belum mampu lagi nak pikul tanggungjawab sebagai suami / isteri tu..
Macam aku laa, aku cakap terus-terang, aku memang belum mampu menggalas tanggungjawab sebagai isteri lagi.. Banyak yg kena belajar lagi.. Nak bangun subuh pun kena ada orang kejutkan lagi.. Boleh kira je berapa kali boleh bangun sendiri itu pun kadang-kadang terjaga daripada tidur hehehe... Banyak lagi persediaan lain sebagai seorang isteri yg aku tak layak lagi. Ya, memang ada orang kata boleh je belajar lepas kahwin apa semua tuuu... Ada juga orang kata boleh belajar sambil kahwin..Oh you mean, at the same time, nak belajar... and then, nak lakukan tanggungjawab sebagai isteri.. mampu ke? Ya, mungkin ada orang mampu... tapi aku tidak ! Kita manusia, tipu kalau kau kata boleh buat kerja dalam satu masa... Bukan apa, takut kita tak lakukan tanggungjawab kita sebagai isteri dengan amanah yg Allah bagi. Tapi, kalau yg mampu, teruskan la :) Tiada siapa akan menghalang niat baik anda ingin mendirikan masjid ツ

Agama

Ok. Bab agama, paling paling paling penting :) Baik lelaki mahupun wanita mesti bersedia dengan ilmu agama. Inilah yang menjadi penentu kepada kebahagiaan sesebuah rumah tanggga itu. Kalau ilmu agama cetek, hmmmm minta dijauhkan segala kemungkinan yg tidak baik. Sebab itu kita perlunya belajar ilmu agama... Walau kita hebat dalam bidang engineer ke, medic ke, business ke atau apa-apa bidang sekali pun, tapi kalau xpernah nk belajar ilmu agama... hmmm memang kita rugi. Rugi dunia apatah lagi rugi di akhirat kelak :) Allaaa kalau lelaki tuu bukan susah nak pergi berjemaah di surau, xpyh nk pakai telekung semua pakai simple pn dah boleh solat & dengar majlis ilmu. Perempuan memang susah tapi kalau pergi berjemaah juga, memang cunnn lahh... Bukan senang kita nak didik hati cintakan majlis ilmu ni... Hanya orang yg betul-betul suka nak belajar ilmu Allah je yg sanggup tahan godaan syaitan.. Kita ni... kalau duduk dengan orang-orang baik ni hmmm xtahu nak cakap macam mana... tenang je rasa... rasa nak selalu datang lagi dengar usrah... selalu nak datang berjemaah :) Bagi aku, kalau yg dah rasa mampu nak kahwin tu, kahwin laa. Daripada duk teringat ajee muka si kekasih hati kan ehemmmmmmmm...... Ingat ! Ilmu agama mesti ada dalam dada dulu :)

Kewangan

Ha... bab kewangan pun kena laa cukup. Bagi yg lelaki, perlu ada persediaan daripada segi kewangan. Kata nak kahwin, nak bagi keluarga rezeki apa kalau xrancang kewangan... Rezeki mesti halal.. Kalau rezeki xhalal, Allah xredha.. susah hidup kita & keluarga kita. Ingat, rezeki tak berkat memang xnampak kesan sekarang... tapi kesannya mungkin pada anak-anak / cucu-cucu kita kelak... Kesan sepanjang hayat.. Awas ! Nampak benda kecil, tapi ramai yg buat xkisah.. Ada orang sanggup kerja apa saja asal dapat duit... Ada orang sanggup jual maruah demi nak dapat duit.. Niat itu tidak menghalalkan cara kita :) Maka, buat lah persediaan kewangan sebelum mendirikan rumah tangga. Bagi orang perempuan pula, kalau bagi aku... at least, aku pun nak ada pendapatan sendiri dulu sebelum berkahwin. Memangla duit suami itu duit kita juga, tapi kita kena bersedia. Kita pun perlukan duit sendiri juga. Kereta sendiri.... Takkan nak harap duit suami je kan? Kalau kita beli sesuatu dengan duit kita, lain perasaannya :) Duit hasil titik peluh kita... Konklusinya bagi siapa-siapa yg dh ada pendapatan tetap & sudah bersedia nak kahwin, silalah kahwin ya !

Akhlak

Akhlak kita menggambarkan siapa diri kita. Kadang-kadang orang lain nampak luaran kita je.. Macam baik jerrr... Macam sopan jerr.... Walhal bila kat rumah, lain pula sikapnya. Sebab itu bila berkahwin, dah duduk satu rumah, satu katil baru tahu siapa pasangan kita yg sebenarnya. Itu yg terkejut tuuu kadang-kadang sebab sebelum kenal, sikap lain. Bila dah kahwin, lain pula sikapnya. Haaa itu yg berlaku perceraian, bergaduh, kes pukul & seangkatan dengannya. Kita ni... manusia biasa.. memang ada salah silap. Buat dosa.. Sebab Allah panjangkan umur kita sehingga waktu ini adalah untuk kita bertaubat... memohon ampun atas dosa-dosa kita yg lalu.. Berdoalah apa sahaja yg baik, insya-Allah Allah takkan hampakan kita. Biarlah Allah beri apa yg kita nak dalam keadaan Allah redha, bukannya Allah beri dalam keadaan Dia xredha. Takkan tenang hidup kita selamanya sekiranya Allah xsuka dengan kita :) Biarlah kita buat baik sikit-sikit, bertatih...merangkak pun xpe.... yg penting berterusan ! Yg berterusan walaupun sedikit itu lebih Allah sukai :) Percayalah, kita hanya perlu fikirkan bagaiman kita nak ubah diri kita kepada yg lebih baik, tidak perlu fikir siapa pasangan kita, siapa jodoh kita... Itu semua Allah dah sediakan buat kita :) Kalau diri kita baik, insya-Allah, Allah dah sediakan seorang yg baik juga :) Setiap ujian daripada kita berbeza ; xsama. Namun, cara kita menghadapi ujian itu sama, iaitu kembali pada Allah SWT :) ♥ Percayalah dengan ketentuan daripada-Nya. Pasti kau tidak akan menyesal & kecewa sekiranya kita serahkan semuanya pada Allah.. malah lebih bahagia sebab kita redha & terima apa sahaja yg Allah nak beri pada kita.. Jaga diri & iman, hiasi peribadi :)

Pergaulan (Ikhtilat)

Nak masuk sikit bab pergaulan kita seharian. Sekiranya kita jaga pergaulan kita, antara lelaki & wanita, insya-allah Allah akan jaga kita daripada pandangan-pandangan jahat. Ada hikmah kenapa Allah suruh tutup aurat. Ada hikmah kenapa Allah suruh kita jauhi zina. Ada hikmah kenapa Allah suruh kita jaga perhubungan antara lelaki & wanita. Semua ada sebab. Maka, ketahuilah apa yg Allah suruh kita buat itu sebab Allah nak jaga kita & Allah nak melindungi kita :) Sayangnya Allah pada kita. So, kalau kita tak jaga pergaulan... bebas keluar dengan kawan lelaki.. bebas study group dengan lelaki.. study berdua-duaan.. bertepuk-tampar dengan lelaki.. maka, apa pandangan si lelaki tentang si perempuan ? Anda tahu jawapannya :) Fikir-fikirkan.. Percayalah ! Sekiranya kita menjaga ikhtilat, lelaki akan pandang kita dengan rasa hormat. Walau tak banyak, mereka akan tetap pandang hormat pada si perempuan. Kalau tak percaya, cuba lah ya kurangkan sikit pergaulan dengan lelaki.. Bukan tak boleh bercakap langsung dengan lelaki, boleh jeerr.. Tapi biarlah semuanya ada batasan :) Batasan yg telah ditetapkan Allah SWT....
Aku bagi satu anologi :
"Barang yang mahal kita akan simpan di tempat yg cantik & kadang-kadang kita jarang guna sebab terlalu sayang...kita simpan, kita jaga dengan baik, bila dah guna, kita simpan balik di tempat yg sepatutnya, xbagi orang lain guna. Hak milik kita, mana boleh bagi orang lain !"
 Macam itu lah dengan wanita yg menjaga ikhtilatnya. Begitu juga dgn lelaki. Lelaki & wanita yg menjaga ikhtilat ini perlu dihormati bukan dikutuk dikatakan 'kolot'. Aku sangat menyanjung tinggi golongan-golongan seperti mereka. Aku cuba utk istiqamah menjaga ikhtilat seperti golongan yg kuat seperti mereka. Anda jua boleh menjadi seperti mereka ✔


p/s : Selamat menempuh alam rumah tangga bagi mereka yg bakal berkahwin & selamat melahirkan cahaya mata yg bakal menjadi pemimpin ummah di masa hadapan :) Berkahwin kerana agamanya ^__^










PAST FUTURE