grasshopper



+follow home tumblr twitter
facebook UPDATES ME LINKS
Perkara-perkara yang Perlu Dielakkan Selepas Makan ✔
Sabtu, 31 Mei 2014 • 12:14 PG • 2 comments


*gambar tiada kaitan dengan tajuk tapi ambillah iktibar*


Jangan merokok
Kajian daripada pakar-pakar kesihatan mendapati bahawa sebatang rokok yang dihisap sebaik sahaja selesai makan bersamaan dengan menghisap 10 batang rokok dan meningkatkan risiko mendapat kanser paru-paru. 

Jangan makan buah

Jangan makan buah sebaik sahaja selesai makan kerana perkara ini akan menyebabkan perut kita buncit kerana kandungan air berlebihan. Jika anda mahu makan buah, makanlah sebelum makan ataupun 1-2 jam selepas makan. Kebanyakan orang suka makan buah-buahan selepas makan makanan utama tapi sebenarnya kalau ikut sunnah, makan buah sebelum makan nasi atau makanan utama. Itu lebih baik :)

Jangan minum teh

Daun teh mengandungi asid yang agak tinggi. Bahan ini boleh menyebabkan protein yang terkandung dalam makanan yang kita makan menjadi keras sehingga sukar untuk dihadamkan. 

Jangan longgarkan tali pinggang anda

Melonggarkan tali pinggang sebaik selesai makan boleh menyebabkan usus terbelit dan terhalang. 

Jangan mandi

Mandi sebaik selesai makan boleh menyebabkan peningkatan aliran darah pada tangan, kaki, dan badan hingga menyebabkan aliran darah di sekelling perut menurun. Ini menyebabkan sistem penghadaman menjadi lemah. 

Jangan banyak berjalan

Ada nasihat menyarankan agar anda berjalan sehingga 100 tapak sebaik selesai makan. Ini adalah tidak benar kerana berjalan boleh menyebabkan sistem penghadaman sukar menyerap zat daripada makanan yang dimakan. Lepas makan kena bertenang dulu, baru sambung perjalanan kita. 

Jangan tidur 


Tidur sebaik selesai makan akan menyebabkan makanan tidak dapat dihadamkan dengan elok. Ini akan menyebabkan gastrik dan jangkitan pada usus. Kalau boleh, nak baring atau nak tidur selepas 2 jam daripada makan. 

Rujukan : Yahoo



PAST FUTURE