grasshopper



+follow home tumblr twitter
facebook UPDATES ME LINKS
Apa yang tinggal pada kita?
Khamis, 10 Julai 2014 • 3:26 PTG • 2 comments


Assalamualaikum..Salam Ramadan ke-13.. ✌
"Apa yang tinggal pada kita????"
Setelah kita meninggalkan dunia yang fana ini...apalah yang ada pada kita? 
Gelaran ? Jawatan? Status? Baik atau jahat? Tiada...tiada yang tinggal pada kita....
Semuanya pinjaman Allah SWT... tiada apa kekal menjadi milik kita.. sedangkan orang yang kita paling sayang pun Allah bagi pinjam sekejap atas dunia ini.. sampai satu saat, kita atau orang yang kita sayang pasti akan meninggalkan kita.. Makanya........ semua milik Allah SWT, bukan milik kita.... Semua yang kita miliki bakal kita tinggalkan atas dunia ini setelah kita 'pergi'.. Jangan pernah sombong dan bongkak dengan apa yg kita miliki :) Rezeki itu milik Allah... dan segala nikmat yang Allah bagi pada kita selama ini, kena pandai-pandai guna untuk jalan yang baik.. In sha allah :) 

Hayati sebentar lirik lagu ini : ♪ ♪

Ditinggalkan, kehilangan 
Bagian hidup kita
Tak usahlah kau tangisi takdir
Tak ada yang abadi di dunia ini
Semua pastikan kembali

Hidup ini sudah tertulis
Tenangkan jiwamu dan hatimu

Ikhlaskanlah, relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Ikhlaskanlah, relakanlah
Semua yang hidup pasti kan mati

Ikhlaskanlah, relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Ikhlaskanlah, relakanlah
Semua yang hidup pasti kan mati

Ikhlaskanlah, relakanlah
Semua yang ada pasti kan pergi
Ohhhh...
Semua yang hidup pasti kan mati

Hidup bukan milik kita....
Hidup bukan milik kita....

-Bukan Milik Kita.

Ya benar. Rezeki setiap manusia itu berbeza. Siapa kita untuk mempertikaikan rezeki orang lain? Jangan cemburu melihat kejayaan orang lain, mungkin usahanya lebih daripada kita, mungkin juga Allah ingin menguji kesenangannya. Mungkin ujian kita berbeza. Walaupun pelbagai ujian datang kepada setiap manusia, namun cara untuk mengatasi ujian tersebut adalah sama bagi setiap manusia. Caranya adalah dengan kembali kepada Allah SWT. Aku tidak mengatakan bahawa aku kuat untuk menghadapi ujian, namun sungguh ingin aku katakan bahawa setiap manusia itu akan melakukan suatu penghijrahan dalam kehidupan mereka. Kerana, asalnya manusia ini adalah kembali kepada Allah SWT. Jahat macam manapun manusia itu, percayalah suatu saat nanti dia pasti akan kembali kepada Allah SWT. Setiap manusia pasti akan merasakan saat 'penghijrahan' mereka :) Percayalah ! Jangan takut untuk berubah ! Allah sentiasa menunggu kita. Sebagaimana kita hadir ke dunia datang daripada Allah SWT, maka perginya kita daripada dunia ini juga daripada Allah SWT..

Jangan pernah mempertikaikan apa yang Allah beri pada kita. Siapa kita? Sekiranya kita digelar hamba... sebenarnya kita xlayak pun digelar hamba... sebab ada kita buat apa yang Allah suruh? Tidak semua benda kita buat kan... suka hati kita je nak buat ke x.. main langgar je.. Tapi, nama pun manusia, penuh silap dan dosa.. Pohon ampunlah kepada Allah SWT :) Kita hanya berdoa setelah bertawakal.. dapat atau tidak, bukan kerja kita. Sekiranya baik untuk kita, dapatlah... Namun sekiranya tidak baik, moga dielakkan......... Ya Allah ! Jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dengan nikmatMU..sudah terlalu banyak yang Engkau berikan padaku Ya Allah....Jangan jadikan aku termasuk orang-orang yang menzalimi diri sendiri....

Salam Ramadan. Andainya kita merasakan kita perlu melakukan perubahan pada diri kita dalam bulan mulia ini, mulakan langkah anda! Jangan tunggu lagi takut tak sempat.... Ambil kesempatan di bulan mulia ini untuk berhijrah. Penuh keberkatan, in sha allah.. Cuba tutup aurat walaupun terpaksa, walaupun semata-mata untuk menghormati bulan Ramadan.... In sha allah, moga-moga Allah membuka pintu hati anda untuk menutup aurat... Sekurang-kurangnya masih ada rasa hormat anda terhadap bulan mulia ini ツ Dan, rajin-rajinkan diri kita pergi ke rumah Allah dalam bulan Ramadan ini. Bukan nak suruh pergi tiap-tiap waktu solat pun, bukan nak suruh buat terawih 20 rakaat pun, bukan nak suruh qiamullail kat masjid pun, bukan nak paksa..... cuma nak ajak je....... sebab, suasana jemaah di masjid/surau ini hanya akan meriah bila bulan Ramadan je.. Kalau bulan-bulan lain kita sibuk sampai tak sempat nak pergi masjid, cuba rajin-rajinkan diri pergi jemaah pada bulan Ramadan ini. Mesti kita akan rasa sesuatu yang sangat tenang dan besttt ! Sebab dapat tengok ramai orang buat ibadat ! Tiada orang datang masjid sebab nak bersembang, tiada orang nak datang masjid sebab saja-saja... tiada ! Semua orang nak berlumba-lumba buat ibadat :) Subhanaallah best rasanya :) Moga berterusan jemaah-jemaah di masjid/surau walau di mana jua anda berada ✌



p/s : Alhamdulillah bulan Ramadan ini, ramai artis wanita dah mula berhijrah menutup aurat.. semoga Allah merahmati kalian semua dan semoga diberi ketetapan iman untuk terus istiqamah dalam menjadi muslimah yang lebih baik. Amin :)







PAST FUTURE