grasshopper



+follow home tumblr twitter
facebook UPDATES ME LINKS
J O D O H
Khamis, 25 Disember 2014 • 3:40 PG • 2 comments


Saya percaya jodoh itu misteri. Letaknya di tangan Allah, bukan manusia. Jangan biar manusia lain menetapkan definisi jodoh bagi kita. Jodoh itu bukan mesti jatuh cinta dengan orang bujang. Atau lelaki berkopiah. Atau wanita yang tidak pernah berbuat salah. Menjadi isteri kedua adalah jodoh. Menjadi isteri pada cikgu awak adalah jodoh. Berkahwin dengan office boy tempat awak bekerja adalah jodoh. Berkahwin dengan musuh awak zaman belajar dulu adalah jodoh. Berkahwin dengan janda adalah jodoh. Berkahwin dengan lelaki yang lebih muda adalah jodoh. Berkahwin dengan duda anak tiga adalah jodoh. Berkahwin dengan orang yang asalnya bukan Islam juga tetap jodoh. Kerana jodoh itu bubuhnya di tangan Maha Pencipta, jadi ia boleh datang dalam macam-macam rupa. Kalau kita betul-betul hendak tahu apa akhir cerita cinta kita, kita kena berbalik pada tempat asal cinta itu. Dan seperti kawan saya kata, tempatnya cuma ada satu.
—  Wani Ardy 

Kelihatan dua orang sahabat baik (Aiman dan Ammar) sedang berbual kosong di sebuah taman permainan setelah penat bermain skateboard petang itu.

"Bro, apa pendapat kau tentang jodoh? Aku mengalami sedikit kecelaruan minda mengenai jodoh ni. Macam-macam orang mendefinisikan jodoh. Mama aku kata, jodoh itu datangnya daripada Tuhan, tidak perlu dicari, kelak akan datang sendiri. Abang aku kata, jodoh itu bila kita rasa pasangan kita itu milik kita dan kita pun rasa sayang dan cinta dengannya. Entahlah bro, aku confuse doe". Aiman menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Ammar tersengih sebelum menjawab persoalan Aiman, sahabat dunia akhiratnya itu. Pelik kerana tidak pernah-pernah Aiman bertanya soalan tersebut kepadanya sebelum ini.

"Hmmm.. setiap orang itu berbeza mendefinisikan jodoh. Betul juga apa yang mama dan abang kau cakap itu. Tak salah, betul belaka. Bagi aku, jodoh itu memang daripada Allah. Memang sejak kita lahir, Allah dah tetapkan siapa jodoh kita. Cuma, mungkin sekarang ni, kita masih tercari-cari siapa jodoh kita. Kadang-kadang, manusia suka sangat buruk sangka pada Allah. Bila perempuan kahwin lambat sikit, mula nak mengata macam-macam. Bila dah kahwin, tak dapat anak pun, mengata juga. Tapi, Allah dah tahu dah. Dah get ready dah semuanya untuk kita. Baiknya Allah dengan kita. Cuma, manusia je tak sedar-sedar lagi. An an?", Ammar membuat muka comel. Mentang-mentang muka dah ala-ala korea sikit. Ceh.....

"Jadi, apa pendapat kau doe tentang jodoh? Ce cite..", tanya Aiman lagi masih tidak puas hati. Aku tanya lain, dia jawab lain walaupun ada benarnya kata-kata Ammar.

"Ok-ok bro. Chill lah. Sabaq sat. Bagi aku, jodoh tu sesuatu benda yang kau takkan pernah sangka. Tapi, itulah hakikat jodoh. Contohnya, mungkin sekarang kau tengah bercinta bagai nak rak dengan si Julia tu kan kan kan.... tapi akhirnya, nanti kau kahwin dengan si Liza... bukankah itu perkara yang kau tidak sangka-sangkakan? Kadang-kadang, Allah pertemukan kita dengan ramai orang, namun mungkin hanya sekadar memberi sesuatu dalam hidup kita, bukan untuk mempersatukan. Jodoh itu tidak semestinya kawan baik kau, jodoh itu tidak semestinya orang bujang, jodoh itu tidak semestinya dicari oleh ibu bapa kau, tapi jodoh itu memang dari Tuhan ; daripada jalan yang kau tak sangka-sangka. Ada orang baru kenal berapa hati, dah kahwin. Ada orang kenal dah lama, tapi masih tak kahwin-kahwin. Ada orang tak pernah kenal pun tapi berkahwin juga. Semuanya jodoh yang kita tidak ketahui. Ada juga orang yang lambat jodohnya kerana Allah ingin simpan dahulu pasangannya. Benar. Ketahuilah bahawa ia perkara yang kau memang tak pernah sangka sampai kau rasa ' baiknya Allah pada aku '. Panjang lebar Ammar menjelaskan tentang definisi jodohnya.

Aiman mengganguk-angguk tanda setuju. Ada benarnya definisi jodoh Ammar. "Tapi... aku tak kenal siapa Liza tu. Aku mana ada awek nama Liza doe. Kau jangan main-main, bro. Merajuk sebulan si Julia tu nanti tau. Jenuh aku nak pujuknya nanti. Kau jangan, Mar". Risau si Aiman.

"Pehal ni bro. Itu contoh je. Hilang satu, 10 lagi yang datang kan? Kau kan Romeo Kg Pisang... Apadehal? Yang patah tumbuh hilang berganti. koh koh koh....", perli Ammar.

"Hang jangan main-main Mar, aku bukan buaya darat ok walaupun aku ni ramai kawan perempuan. Aku dengan Julia tu dah lama bercinta, memang aku dah niat nak jadikan dia isteri aku. InshaAllah lepas habis degree ni, aku masuk meminang dia. Hi hi hi..." Aiman pandang ke atas langit konon-konon malu meluahkan luahan hatinya kepada Ammar.

"Baguslah kalau kau ada niat macam tu. Jangan kecewakan hati perempuan dahla. Sekali hati perempuan ni terluka, susah doe kau nak pulihkan. Trust me. Walaupun aku tak pernah bercinta, tapi aku sangat memahami hati dan perasaan wanita. Lagi cepat, lagi bagus korang kahwin. Takdela asyik bercinta. Yela, kita ni tak tahu apa yang akan berlaku nanti kan. Nak tunggu habis degree lagi setahun lebih. Nikah itu kan sunnah, bina masjid. Tak salah kau cepatkan, Man. Elak maksiat, nafsu pun lebih terkawal. Cewahhh. Gituuuu." Terasa ala-ala pakar motivasi Ammar bercerita. Mungkin masa kecil cita-cita nak jadi pakar motivasi kot tapi sekarang tak tahu cita-cita apa tapi nak berbuat sesuatu pada agama. Hmmm.

"InshaAllah, Mar. Mana tahu hati aku ni terbuka pula nak kahwin awal lepas dengar kau ceramah ni. Hehe... Terima kasih Mar. Kau selalu bagi nasihat pada aku. Tapi, aku teringin nak tanya sesuatu pada kau Mar. Tapi kau jangan terasa pula."

"Tanya lah. Aku hati sado bro, tak kisah. Tak main ah sentap-sentap ni. Hehehe...", Ammar tersengih.

"Kau tak teringin nak bercinta dengan mana-mana awek ke? Nak kata takde awek pandang kau, tipulah pula. Selama aku berkawan dengan kau, rasanya dah ramai awek asyik usha-usha kau. Tapi, kau buat innocent face kau tu je. Kenapa ye? Takkanlah kau takde perasaan nak berteman?".

"Tipulah kalau aku kata aku takde perasaan kan. Ada perasaan cuma, aku belum bersedia untuk betul-betul berikan cinta ini kepada manusia. Aku ni, nak pulihkan dulu cinta aku kepada Allah SWT. Selagi aku belum kuatkan cinta aku pada Allah, aku rasa tidak layak nak bercinta dengan manusia. Kita ni lelaki Man, banyak tanggungjawab. Adik perempuan, ibu, ibu saudara, jiran-jiran dan orang di sekeliling semua tanggungjawab kita, Man. Kita je yang tidak sedar. Aurat mereka, semua tanggungjawab kita. Kita punya tanggungjawab yang besar Man ingatkan mereka-mereka tentang aurat mereka sebab kalau kita tak ingatkan, kelak mereka boleh tarik kita masuk neraka, Man. Besar amanah Allah beri pada orang lelaki, Man.. Dah berkahwin nanti, lagi besar tanggungjawab suami. Jadi, sebab tu aku rasa aku belum bersedia nak bercinta. Biarlah aku bercinta selepas nikah. Lebih seronok, mungkin? Dah halal kan, boleh buat apa sahaja. Hehehe..." Ammar tersengih.

Aiman terdiam apabila mendengar jawapan Ammar. Terkedu. Kenapa aku tak pernah fikir sebegitu? Kenapa aku tak pernah fikir tentang amanah Allah? Kenapa aku tak pernah fikir tanggungjawab aku? Ya Allah.... ampunilah dosa-dosaku. Terima kasih kerana anugerahkan Ammar sebagai teman yang mengingatkanku padaMU Ya Allah..... Aku kena berubah....

Perbualan mereka terhenti setakat itu pada petang itu. Lantas, mereka bangun dan berjalan pulang ke rumah masing-masing.

*****

Awak, saya minta maaf. Mama dan papa saya dah carikan calon suami untuk saya. Bulan hadapan kami akan bernikah. Maafkan saya kerana tidak berterus-terang kepada awak sebelum ini. Saya juga tidak menyangka akan percaturan jodoh ini. Namun, saya tidak mampu berbuat apa-apa sebagai anak. Apa lagi jalan yang saya ada sebagai seorang anak? Saya tidak ingin menjadi anak derhaka, wak. Wak, terima kasih atas cinta yang awak berikan pada saya selama ini. Sungguh, saya bahagia bersama awak. Namun, mungkin bukan jodoh kita. Saya bukan untuk awak, Aiman. Semoga awak bertemu pasangan yang lebih baik daripada saya. Saya mendoakan kebahagiaan awak dan semoga awak juga mendoakan kebahagiaan saya. Selamat tinggal, Aiman.

Yang memohon maaf tulus dari hati,
Julia Adlizan Bt Dato' Romeo.


Whatsapp tersebut telah membuatkan airmata lelaki Aiman menitis jua buat pertama kalinya. Terasa dunia ini tiba-tiba menjadi kelam dan gelap. Allah Allah........ dugaan apakah ini?? Tiada niat untuk membalas mesej tersebut.

*****

"Sudahlah tu Man.. Jangan bersedih lagi. Bukan jodoh kau la tu. Kau masih ingat apa yang aku cakap pada kau tempoh hari? Percayalah takdir Allah, Man. Kau takkan rugi kehilangan Julia, Man sebab Allah akan gantikan seseorang yang lebih baik untuk kau kelak, Man. Jodoh kau bukan dengan Julia... Allah telah sediakan orang lain buat kau, Man.. Chill lah bro. Kau kan kuat, tabah. Takkan nak nangis dan murung sebab Julia tu, bro? Cuba senyum sikit. Senyum, senyum denganku, senyum tak perlu ragu. Tiada seindah senyumanmu oh oh..." Ammar menyanyi sedikit untuk menghiburkan Aiman yang muram durjana sepanjang dua minggu ini. Bila dalam kelas, tak payah cakap lah, memang tak beri tumpuan langsung. Mata entah pandang mana entah, bukan pandang pensyarah kat depan. Ya Allah, kau gantikanlah insan yang lebih baik buat Aiman.

"Entah la Man. Aku rasa lost sangat sekarang ni. Aku tak tahu apa nak buat dah. Speechless. Aku bercinta lama kot dengan dia. Sampai hati dia buat aku macam ni. Sedih doe. Kau mana faham perasaan aku ni. Malas dah aku nak cakap. Frust frust!", bebel Aiman sambil memandang ke atas langit mencari bintang agar bintang tersebut boleh memberi sinaran baru dalam hidupnya.

"Man.. aku tahu aku tak pernah bercinta macam mana lamanya kau bercinta dengan Julia tu, tapi kau tak boleh la sedih macam ni. Kau macam menyalahkan takdir Allah pula. Jangan buruk sangka dengan Allah, Man. Tak boleh. Allah punyalah baik dengan kita. Percayalah cakap aku Mar. Ada hikmah semua ini berlaku. Mungkin Julia bukan jodoh yang baik untuk kau. Rezeki itu sama dengan jodoh ; tidak tertukar. Jangan suka merebut yang memang bukan untukmu, apalagi mempertanyakan yang sudah di genggaman orang lain. Percayalah cakap aku, Man. Kau dijodohkan dengan orang lain, bukan dengan Julia. Doakan je dia bahagia. Bukankah cinta itu juga apabila kita melihat orang yang kita sayang bahagia? Kan kan kan?" Ammar dah mula dengan gelagat poyo dia tu. Nak ambil hati kawan doe, kenalah poyo sikit. Poyo untuk kebaikan tidak mengapalah ~

Aiman kembali memandang Ammar. Terasa ingin memeluk sahabatnya itu. "Terima kasih Mar. Kau memang sahabat dunia akhirat aku. Mungkin Allah nak uji aku sebab selama ini aku terlalu sayangkan Julia tu sampai aku lupa Allah yang patut aku sayang dulu. Lepas ni, aku nak berubah Mar. Aku tahu Allah nak uji aku sebab Allah sayang aku, Allah tak nak aku terlalai dengan cinta manusia. Aku nak jadi macam kau Man, nak kukuhkan dulu cinta aku pada Allah. Selama ini aku leka, Mar. Sungguh, aku malu dengan Allah." Buat kali kedua, airmata lelaki Aiman menitis lagi. Ammar memujuk Aiman lagi tanpa putus asa. "Kita sama-sama kejar cinta Allah." Lantas, mereka berpelukan atas ukhuwah yang dibina selama ini. Sungguh, ukhuwah yang terbina atas cinta Allah akan lebih manis dan nampak lebih tough. Hati lelaki kena sado sesado orangnya. Tak gitu? Koh koh koh......

*****

Disember 2014, tarikh perkahwinan Aiman dan Aisyah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana Aiman telah menemui bidadari syurganya. Semoga perkahwinan yang terbina atas rasa cinta kepada Allah SWT akan kekal hingga ke syurga. Itulah, dulu, menangis bagai nak rak masa Julia tinggalkan Aiman, sekarang, Allah dah gantikan dengan senyuman dan kebahagiaan bersama isterinya, Aisyah.

"Kau dah jumpa jodoh kau, Man. Alhamdulillah. Dapat isteri anak ustaz pula tu. Hebat boh mu ni Man.. hahaha.... Doakan aku juga tau Man."

"InshaAllah Mar, aku sentiasa doakan kau. Alhamdulillah, perasaan bahagia sekarang ni Mar, lain sangat masa aku dengan Julia dulu. Mungkin masa tu belum halal lagi, tapi sekarang bahagianya berganda-ganda lagi Mar. Mungkin ini yang kau kata dulu, bila dah halal Mar...Syukur pada Allah atas jodoh ini. Moga kekal hingga ke Jannah."

Ammar menghulurkan sekeping kad berserta reben di atasnya kepada Aiman. Aiman memandang hairan kepada Ammar. "Apa ni, bro??"

"Bukalah. Chill dulu bro." Ammar tersengih-sengih macam kerang busuk. Mungkin malu-malu kucing untuk menceritakan hal sebenar.

Tak semena-mena Aiman terus memeluk Ammar. Seronok tak terkata Aiman setelah membaca kad tersebut.

"Alhamdulillah Mar..... tahniah tahniah! Tak lama je lagi ni. Memang kau decide tarikh dekat-dekat dengan aku kahwin eh? Hahah... i'm so happy bro! Dengan siapa?"

"Hehe.. pihak perempuan yang pilih tarikh tu, aku on aje. Nak tahu siapa, kenalah datang majlis aku nanti. Biarlah rahsia. Lagipun, aku baru jumpa sekali je bakal isteri aku tu. Mak ayah aku yang jodohkan. Aku ikut je apa yang baik. InshaAllah pilihan mak ayah tak pernah salah. Restu mereka yang penting. Gituuuu."

"Alhamdulillah Ammar. Jika benar berjodoh, siapa saja tidak bisa menghalang, Jika benar takdir, tiada dapat mengubah. Semua rahsia Allah. Ini jalan yang aku tidak sangka-sangka. Allah dah beri lebih daripada apa yang kau dan aku inginkan, Mar. kan kan kan?" Eh. Dah berjangkit pula penyakit poyo Ammar kepada Aiman. Hahaha.

Kelihatan daripada jauh tawa dan kebahagiaan dua orang sahabat. Kun fayakun. Bila Allah kata jadi, maka jadilah ia.

TAMAT.  ✌

Moga kisah ini bermanfaat buat semua. Lambat atau cepat, percayalah jodoh itu pasti akan sampai kepadamu. Yakin dan percaya pada Allah. Jangan buruk sangka, tetapi bersangka baiklah pada Allah. Moga Allah memberi aku dan yang sedang membaca jodoh yang baik-baik. Amin ya rabbal alamin. Lillahitaala. ♥



p/s : Saya mohon doa kalian agar dipermudahkan saya menjawab peperiksaan akhir saya Disember-Januari ini. Semoga Allah memakbulkan doa kalian semua. Amin. Kalian adalah yang terbaik :)





















PAST FUTURE