grasshopper



+follow home tumblr twitter
facebook UPDATES ME LINKS
Judgemental.
Isnin, 12 Januari 2015 • 10:19 PTG • 2 comments



Judgemental.

This is how Malaysian's thinking.

Sebelum tu, boleh baca ini dulu : [Jawapan kepada peminat kpop :)]

Jangan marah nanti kalau kita rasa dakwah kita orang tak suka bila dah guna cara kasar. 

Rasulullah SAW tidak pernah dakwah guna cara kasaq !

Just want to remind all of us, even MYSELF ! 

Semua makhluk dalam dunia ini melakukan dosa. Bukan 'dia' dan 'mereka' sahaja yang melakukan dosa.

Please don't judge too emotional & furiously.

Dakwah bukan ikut emosi sendiri, tapi ikut cara Nabi.

Rasulullah SAW tak pernah pandang rendah/hina agama lain, siapa kita nak 'judge' agama bukan Islam?

We all do sins, but don't judge the sinners or the religion.

Mungkin inilah masanya tanggungjawab kita nak tegur/nasihat orang lain.

Kalau diri sendiri kita tak boleh nak kawal nafsu, tak payah cakap nak tegur dosa orang lain.

Tak perlu sebar aib lagi.... 

Cukuplah apa yang berlaku dalam negara sepanjang 2014...

Takkan masih tak sedar?

Kita semua ada tanggungjawab dakwah masing-masing. Tapi, berapa kerat je yang boleh tegur depan-depan pasal maksiat? Pasal ikhtilat? Pasal aurat? Pasal couple?

Allahu.... Selemah-lemah iman tegur dalam hati.... Hmmmmmm.

I do sin. You do sin. They do sin. 

Jangan terlalu menuduh sampai tak sedar kita hina orang lain.

Hari ini barangkali mereka buat dosa, esok lusa adakah kita jamin dengan yakinnya kita tidak berbuat dosa?

Kita tak sedar bila kita buat dosa...

Just want to remind all of u even myself !

❝ Menasihati orang yang buat salah itu tidak salah tetapi memikir dan mencari kesalahan orang lain itu yang salah. ❞
 Nak kongsi kata-kata Mato : 


Just a simple rule. Kalau kita takde benda dan tak tahu nak cakap apa, lebih baik kita diam.

Aku tahu dan semua orang juga tahu, yang haram tetap HARAM...

Cuma, aku tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Dulu masa zaman jahiliah aku pernah rasa kot apa yang 'fangirl' tu rasa.

Tapi, alhamdulillah bukan mudah untuk meninggalkan dunia 'kpop' ni. Tapi, doa pada Allah supaya diberi kekuatan untuk tinggal benda yg tak sepatutnya aku ikut.

Tak salah nak dengar, sekadar minat. Tak salah pun. Cuma, jangan fanatik/taksub.

Itu sahaja. Kalau hangpa boleh jaga yang itu, hangpa nak minat, minat la. Takdak masalah.

'Abis tu, yang hang duk minat Nazim & Izzue tu, takpa pula? Tak fanatik ka?'

'Sekurang-kurangnya aku tahu mereka masih mengamalkan ajaran Islam. Nak beritahu bahawa dunia artis yg kalian semua lihat di tv itu bukanlah realiti kehidupan mereka pun. Mereka solat, puasa dll. Hangpa jangan duk nilai apa yang hangpa nampak buruk. Ada juga baiknya. Kalau nak tahu, cuba dekati dorg dulu. Dunia artis tidaklah seteruk yg kalian fikirkan. Hangpa boleh je kot nak tegur depa, nak cakap pasal agama dgn depa, tapi ada caranya. Bukan setakat hangpa tegur kat Instagram/Twitter. Koh koh koh.' 

Lagi satu jangan salahkan mana-mana pihak. Ya, dalam situasi sekarang, kita tak boleh nak salahkan siapa-siapa. 

Kalau hangpa nak salahkan pihak yang menjemput artis Korea datang ke Malaysia pun xboleh sebab depa mungkin xtau ramai orang Islam datang, mungkin target depa yg bukan Islam. Mungkin? Depa bukan kisah sebab yg penting tiket habis juai. 

Kalau hangpa nak salahkan artis Kpop tu pun xboleh juga, sebab depa datang sebab dah dijemput. Dah tu cara depa cari rezeki, depa mai la. Orang dah jemput, takkan tak mai? Macam hangpa semua, orang duk jemput pi rumah terbuka hari raya, makanan banyak, takkan hangpa xpi? Rezeki tuuu... Dan, it was really an honor bila artis kpop tu minta izin dulu pada peminat tu 'is it okay for me to do this?' This merujuk kepada peluk dan cium (it was a game for those who don't know). Maknanya, depa tau la Malaysia ni majoriti negara Islam. Tapi, dah peminat tu jawab 'it's okay'.... tak tau nak habaq lagu mana la. Salah siapa? 

Kalau hangpa nak salahkan peminat tu 100% pun tak boleh, sebab depa dah beli mahai-mahai tiket tu hangpa tau dak? Dulu, aku pernah fikir nak pergi konsert artis korea sebab nak tengok muka depa depan-depan hensem ke dak ; muka plastik ka dak. Nasib baik impian tak lama. Nasib baik aku kembali ke pangkal jalan. Fikir sebelum buat sesuatu, nanti kat akhirat Allah tanya, duit yang kau ada, kau guna untuk apa? Takkan hangpa nak jawab 'pergi konsert kpop' ??? Wallahualam..... Moga dijauhkan..

Pertama, niat kena betul kalau nak minat apa-apa pun. Niatlah kerana Allah SWT. Doa supaya apa yang diminati tidak melebihi rasa cinta, kasih & sayang kepada Rasulullah SAW yg banyak bersusah payah untuk kita.... Rasulullah SAW menangis kot demi kita... Tapi kita?????? Kalau boleh, tolonglah sekali walau sekali ja fikir apa yang Rasulullah SAW buat untuk kita sepanjang kehidupan baginda.... Kalau artis kpop yg tak pernah buat apa-apa untuk kita, kita boleh ingat... Takkan Rasulullah SAW yang asyik sebut pasal umatnya di saat kematian baginda pun, kita tak boleh nak ingat... 

Kedua, tak pun hangpa boleh niat minat artis kpop sebab nak bawa ke jalan Islam. Mungkin tidak salah sekiranya hangpa mempunyai niat murni sebegini. Mungkin hangpa orang pertama yang akan mempunyai nilai-nilai murni sebegini. Alhamdulillah! Amin...

Ketiga, sebelum minat apa-apa, kena ada ilmu. Hangpa ingat nak belajar sebelum ambil exam ja ka kena ada ilmu? Sebenarnya, dalam dunia ini.... semua benda perlukan ilmu. Nak masak, kena ada ilmu. Nak tidur, kena ada ilmu. Nak jahit, kena ada ilmu. Semua perlukan ilmu... Kalau hangpa sedar lahhh. 

Sebelum nak minat apa-apa, belajar ilmu agama juga ya! Jangan sebab hang minat manusia, hang lupa teruih agama. Kalau hang boleh ingat manusia, hang pasti juga boleh ingat ALLAH ! 

Ilmu dunia kena seiring dengan ilmu agama. Barulah cemerlang dunia akhirat ! Benar.....

Aku bukan pakar motivasi mahupun pakar inspirasi ataupun ikon anak muda seperti 



ATAU



Aku cuma insan biasa yang tidak punya apa-apa. Cuma.... melalui tulisan sahajalah aku boleh sampaikan perkara ini... Lillahitaala.....

Moga ada yang mendapat manfaatnya....

Ingat! Nak minat boleh tapi agama tetap nombor 1 ya !!!!!!!!!!!!!!!!

Asalkan agama kau semat di hati no 1, kalian nak minat apa sekalipun, minat lah :) Tiada halangan bagimu.

p/s : Mood sedang membaca buku Catatan Mat Lutfi tu yang tiba2 cakap dialek Kedah dan mood menonton kembali video-video Mat dan Anwar Hadi. Bukan sebab depa hensem, tapi suka tengok cara depa sampaikan ilmu :) Walaupun dua-dua belajaq luar negara, nilai Melayu tak hilang walaupun speaking tahap band 6 MUET. koh koh koh.. 







PAST FUTURE