grasshopper



+follow home tumblr twitter
facebook UPDATES ME LINKS
C A N T I K
Jumaat, 27 Februari 2015 • 2:29 PG • 0 comments


Ustaz kata, "Cantik itu subjektif. Kalau kita pandang seseorang itu cantik, tak semestinya orang lain pun pandang orang tu cantik juga."

Subjektif ni apa? 

Yang pastinya dik, subjektif itu bukan soalan subjektif (isi tempat kosong) macam adik-adik semua jawab dalam peperiksaan masa sekolah dulu-dulu k. ✌

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, subjektif bermaksud : 

Terbit daripada atau berasaskan pandangan (perasaan dsb) orang atau pihak yg melihat atau menilai (tidak pada ciri-ciri sebenar sesuatu yg dilihat atau dinilai), melihat (menilai dll) drpd pandangan (perasaan sendiri).

Jadi, hipotesis Ustaz tersebut boleh diterima pakai. Dan, aku rasa pun semua orang setuju. Nak bukti?

Dalam hidup..

Pernah tengok lelaki kacak yang tinggi, kulit putih, bergaya tetapi pasangannya perempuan biasa yang tak pandai berfesyen, berbadan besar dan tak pandai makan supplement untuk jadi cantik?

Atau...

Pernah tengok lelaki yang rajin pergi masjid/surau untuk solat berjemaah/mendengar ceramah/majlis ilmu tetapi pasangannya hanya perempuan biasa yang bertudung tak labuh, tak pendek tetapi dalamannya sangat membesarkan Allah?

Atau...

Mungkin pernah tengok lelaki dan perempuan biasa-biasa sahaja... kehidupan bersederhana. luaran nampak bersederhana namun dalaman sangat mementingkan agama. Siapa tahu? 

Atau...

Pelbagai situasi lain yang tidak mungkin dapat disenaraikan semua sekali di sini. Situasi anda semua pasti berbeza dan mungkin lebih hebat & di luar sangkaan. Kita takkan pernah sangka takdir hidup kita apatah lagi takdir hidup orang lain.

Jadi, kita tidak perlu persoalkan mengapa takdir hidup kita sebegini sedangkan takdir orang lain sebegitu? Tak perlu. Andai saja kita masih berfikir sebegitu, ternyata anda tidak redha dengan kisah hidup anda. Itu semua rancangan Allah. 

Dan, jangan terikut-ikut dengan takdir hidup yang hanya indah di mata namun sebenarnya sakit di hati seperti di dalam novel-novel cinta yang telah diadaptasi menjadi drama-drama popular di kaca tv sekarang. Itu semua dunia. Sebab, tidak semua orang bahagia. Ada orang sebelum bahagia, Allah uji dahulu. Bukan confirm bahagia terus. Dan, tidak selamanya bahagia tahu? 

Jadi, berbalik kepada soal 'cantik itu subjektif' tadi. 

Berdasarkan hipotesis Ustaz tersebut, aku yakin dan pasti bahawa :

Tidak semua keindahan yang kita lihat itu sama indahnya bagi orang lain.
Maka, aku syorkan kepada bakal-bakal suami/isteri, nanti jangan tanya pada orang lain hensem/cantik ke tidak bakal suami/isteri kalian kepada orang lain. Kenapa? Nak minta pendapat je pun.

Kalau tak nak sakit hati, silalah tanya. Hahahaha.

Kerana, apa yang orang lain pandang itu tidak sama dengan apa yang kita pandang. Sungguh. Benar.

Jadi, biarlah jodoh kita itu hanya cantik & hensem hanya di mata kita. Tak cantik & tak hensem pada pandangan orang lain pun takpe. Tak kisah. Yang penting, kita tahu pasangan kita bagaimana.

Akhir kata, jangan mudah menilai yang cantik ya.

Kerana yang cantik itu belum pasti mempunyai akhlak yang baik. Tapi, orang yang mempunyai akhlak yang baik automatik anda akan rasa cantik. 

Allah pun tak pandang rupa kita, kenapa kita sibuk nak pandang rupa orang lain?

Andai Allah memandang rupa, nescaya Allah ciptakan semua manusia sama cantik & sama hensem. Tiada orang kulit gelap, semua kulit putih. Tiada orang gemuk, semua kurus. Baru adil, eh?

Andai Allah memandang rupa kita untuk diberi syurga, kita ni sangat-sangat tidak layak tahu? Sedangkan rupa ini pun ciptaan Allah SWT. Maka, tidak perlu sombong dengan kecantikan/kehenseman yang ada sekarang.

Flawless ke dia, putih ke dia, kurus ke dia, tinggi ke dia, bertudung atau tidak ke dia, jangan mudah nilai.

Bukan apa, kita ni tak layak sangat nak nilai orang, diri sendiri pun banyak kekurangan. Sedarlah diri sikit k.

Bawa-bawa bersabar.

Dan, wahai wanita! Jangan suka banding-bandingkan diri anda dengan orang lain. 

Percayalah bahawa anda diciptakan cantik bagi manusia yang tahu nilai cantik yang sebenar. Tak perlu risau ok ツ #senyumciked

Paling penting, cantik kerana Allah SWT. Ikut syariat. Sentiasa letak Allah SWT no 1. Baru hebat boh ✔

Cinta kerana rupa tidak akan pernah kekal lama.
Tapi, cinta kerana agama pasti kekal malah hingga syurga.
Sebelum inginkan yang terbaik,
Diri sendiri kena jadi yang terbaik dahulu.
Allah tahu apa yang kita inginkan walaupun kita tak pernah sebut dalam doa. 


Terima kasih Allah. ♥















PAST FUTURE